Melaburlah Dengan Emas

{ Posted on Jul 13 2010 by admin }

Rasanya ramai diluar sana yang sudah mengetahui mengenai pelaburan emas ini. Kalau setahun yang lepas mungkin ramai yang ragu-ragu tentang pelaburan emas ini. Maklumlah ramai yang terkena dengan skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan yeng berganda-ganda.Oleh itu sebelum melabur kenalah kaji dulu. Buat research yang sepatutnya.

Buat yang belum melabur, bolehlah mencuba pelaburan emas ini, terutama yang sering mengalami kebocoran tangki kewangannya. Ialah awal bulan masuk asb, hujung bulan korek balik. Jadi jalan penyelesaian yang terbaik adalah dengan membeli emas. Bila dah beli emas ni susah sikit nak cairkannya.

Dari pengalaman sendiri, saya mula membeli emas public dinar sejak tahun lepas dimana ketika itu harganya tak sampai pun rm400 tapi sekarang dah mencecah RM 578. Pergh… rugi saya tak beli lebih-lebih masa tu. Public Gold 20g masa tu baru dalam RM22xx++ rasanya. Tapi yang terbaru ni saya beli dah menjangkau RM 2780++. Rugi!!!!!

Bagi yang baru ingin berjinak-jinak dan mahu melabur secara kecil-kecilan macam saya..ialah mana nak ambik duit selepukkan, melabur secara perlahan-lahan. Bermula dengan 1 dinar dulu. Lepas tu tambahlah sikit. Lama-lama tak sedar rupanya dah berdinar- dinar emas kat dalam kotak emas..hahhaha…lepas tu bolehlah merempit dengan emas tu…nak pergi haji/umrah ker, nak buat modal beli hartanah ker..ikut suka andalah…………..

Akhir kata..selamat melabur…dan bila dah banyak dan sampai kiraannya jangan lupa untuk ber ZAKAT.

Related Articles:

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Technorati Tags: , , , ,


3 Responses to “Melaburlah Dengan Emas”

  1. Salam Liza,
    Finally dapat singgah diblog Liza…TAHNIAH !!! Hmmm….very interesting, informative & tak serabut… Like it ! Public Gold / pelaburan dinar…please give more info if possible. Hope to learn something about it from your blog.

  2. Salam Akakngah,

    Terima kasih singgah di blog saya. Pasal pelaburan emas ni saya membeli dalam kuantiti yang sedikit jer. Tapi start dari 1 dinar, bila ada duit baru tambah sikit. Untuk info harga boleh pergi ker http://www.publicdinar.com dan http://www.publicgold.com.my

  3. Good posting…. ada dengar jugak pesal dinar mas ni… Tapi target nak settle kan dulu hutang2 yang ada ni…

Post a Comment