Cara Menggunakan Medical Card Takaful Health PRUBSN

{ Posted on Aug 13 2010 by admin }

Di sini saya nak tunjukkan bagaimana untuk menggunakan medical card bagi mendapatkan rawatan segera di hospital-hospital panel. Bagi pemegang medical card PRU BSN jangan segan-segan atau takut-takut apabila mahu mendapatkan rawatan pakar di Hospital Panel. Gunakan sahaja kemudahan yang telah disediakan.

1. Buat pendaftaran pesakit di bahagian “admission suite” dengan mengemukakan Medical Card PruBSN Takaful. Tunggu proses kelulusan dari PruBSN berdasarkan laporan pengesahan dari pihak doktor hospital panel. Jika ada masalah sila hubungi agen anda.

2. Ada diantara hospital panel memerlukan anda membuat bayar deposit yang minima iaitu mengikut hospital panel tersebut. Biasanya diantara RM200-RM 500.

3. Pemegang polisi dimasukkan ke wad dan menerima rawatan.

4. Setelah pulih dan dibenarkan pulang, pihak hospital akan menguruskan tuntutan bil rawatan secara online kepaada PruBSN Takaful.

5. Pemegang polisi menandatangani bil akhir selepas mendapat pengesahan jaminan oleh PruBSN.

6. Pemegang polisi menerima baki deposit atau menbayar caj lebihan (cth; cotakaful atau lain-lain caj perkhidmatan yang berkaitan dengan rawatan seperti perkhidmatan telefon, surat khabar dan sebagainya(jika ada).

7. Dalam masa empat minggu pemegang polisi akan menerima Elaun Hospital harian dalam bentuk cek mengikut jumlah hari di wad.

Related Articles:

Post Footer automatically generated by Add Post Footer Plugin for wordpress.

Technorati Tags: , , ,

Post a Comment