Tips Untuk Mengetahui Sama Ada Skim Tersebut Skim Cepat Kaya.

{ Posted on Dec 11 2010 by admin }

Di sini saya ingin berkongsi tips bagaimana untuk mengetahui sesuatu skim atau perniagaan tersebut adalah skim cepat kaya atau tidak. Sekurang-kurangya ia boleh di jadikan panduan tuan puan sebelum menyertainya.

1.  Mereka menyatakan yang skim mereka bukanlah skim MLM. Di mana skim ini tidak memerlukan kita mencari orang bawahan atau istilah terkininya adalah autopilot.

2. Skim ini tidak memerlukan anda membeli barang atau pun menyimpam sebarang stok.

3. Mereka menyatakan yang mereka semuanya sudah balik modal dan telah mendapat untung. Dan kita juga akan seperti mereka. Modal pasti dapat punya.

4. Mengatakan skim perlaburan mereka halal dan berlandaskan syariah. Ramai ustaz dan ustazah telah menyertai mereka.

5. Mereka mengatakan yang mereka ingin menolong orang melayu dan orang islam dan ada kalanya menawarkan pakej umrah sebagai reward.

6. Mereka dengan mudah dan bangganya menayangkan duit dan kereta mewah mereka bagi membuktikan yang skim mereka adalah skim yang halal.

Sekiranya adanya rakan-rakan tuan puan yang cuba-cuba untuk mempengaruhi tuan puan dengan kata-kata seperti atas, eloklah menolaknya dengan cara yang berhemah. Jangan tamak untuk mengecapi kekayaan segera. Ketamakkan selalunya membawa kerugian yang amat besar.


2 Responses to “Tips Untuk Mengetahui Sama Ada Skim Tersebut Skim Cepat Kaya.”

  1. salam liza, interesting blog. cuma entry tu sikit sangat. Memang macam tulah skim cepat kaya ni. apa -apapun mesti dia nak kita keluar duit. pastu janji pulangan yg banyak. benci btul org menipu orang lain.

    by the way, saya berbesar hati nk ajak u joint contest azam tahun 2011 yg saya anjurkan: http://www.matjoe.com/2010/12/contest-azam-tahun-2011.html

    jom meriahkan

  2. Mmm.. saya x boleh kata 100% setuju… tapi tahniah admin atas pos yang membuka mata
    saya.

Post a Comment