Nak Buat Apa Dengan Duit Raya Anak?

{ Posted on Sep 09 2011 by admin }

Masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat hari raya untuk pembaca blog aku ni. (:-P kalau ada pembacalah..heheheh). Maaf juga jika ada tulisan aku disini ada yang menyinggung perasaan korang, aku tak bermaksud begitu.

Ok..bila dah namanya hari raya, mesti ada duit raya yer tak? Macam aku ni tukang bagi duit rayalah..dan tua bangka macam ni takdo sapo nak bagi duit raya der…dan yang bestnya budak-budaklah sebab diorang boleh buat collection duit raya.

So bagi korang yang ada anak jangan korang pulun pulak dia raya dia orang, maklumlah bajet dah lari…..gaji lambat lagi ni…hehehe.. Jadi ni aku nak share sedikit idea apa yang korang boleh buat dengan duit raya anak-anak kita tu. Ingat duit raya dia orang tu amanah tu.

1. Korang bagilah sikit kat dia orang untuk dia orang guna beli aiskrim ker, kaler luna ker.. dan selebihnya korang buat akaun simpanan untuk dia orang. Contohnya dengan melabur dia ASB, ASD (korang tak tgk ker PNB punya iklan raya tahun ni!) atau di mana-mana akaun simpanan seperti tabung haji ker, sspn ker dan sebagainya.
2.Kalau duit raya tu cukup untuk membeli 1 dinar emas, korang bolehlah beli emas. Bukan apa, harga emas makin meningkat dan nanti bila cukup umur dia orang 18 tahun boleh jual untuk buat modal masuk universiti atau kolej.
3.Kalau masih belum ada perlindungan takaful untuk anak-anak, bolehlah beli dengan duit tersebut. Pilih pakej yang menawarkan perlindungan + pendidikan, dimana sebahagian dari sumbangan akan digunakan untuk membeli unit2 amanah terpilih. Selain perlindungan secara tidak langsung kita juga dapat menyimpan.

Jadi itulah sedikit sebanyak idea yang ingin aku kongsikan buat korang, boleh pilih mana-mana yang sesuai. Kalau ada yang teringin nak tahu lebih lanjut pasal pakej takaful + pendidikan+ medical card bolehlah tinggalkan komen atau email terus pada aku. Insya allah aku akan balas secepat mungkin.


One Response to “Nak Buat Apa Dengan Duit Raya Anak?”

  1. Amat boring hari nie… tapi hati saya terhibur di blog awak ..

    terima kasih … saya akan lawati lagi blog nie ..
    harap awak akan sentiasa update dengan cerita2 baru…

Post a Comment