Kenapa Claim Hospital & Pembedahan Anda Tidak Di Bayar

{ Posted on Feb 07 2012 by admin }

Kita sering mendengar berita berkaitan dengan  pihak insuran/takaful tidak membayar claim hospital dan pembedahan yang telah dilakukan oleh client mereka. Kenapa pihak insuran tidak membayar claim-claim mereka ini? Adakan pihak insuran/takaful telah menipu mereka? Atau mereka tidak memahami polisi yang telah mereka beli?

Baiklah.. Disini saya ingin berkongsi 5 sebab utama mengapa claim hospital dan pembedahan mereka tidak dibayar/ ditanggung oleh pihak insuran/takaful:

1. Claim tersebut tidak dilindungi.

    Ini terjadi kerana client tidak peka atau tidak memahami tentang klausa-klausa yang terdapat didalam polisi insuran/takaful.  Sebagai contoh kelainan atau kecacatan fizikal yang terdapat sejak lahir tidak akan dilindungi. Sebagai contoh pembedahan akibat sumbing semasa lahir tidak dilindungi oleh takufu/insuran. Client perlu membayar bil pembedahan tersebut sendiri. Pihak insuran/takaful juga tidak menanggung sebarang diagnostic test yang dilakukan oleh client.

2. Penggunaan manfaat Hospital & Pembedahan telah melebihi had yang ditetapkan.

      Sebagai contoh had tahunan bagi setiap polisi hospital&pembedahan adalah RM 50,ooo dan had seumur hidup adalah RM 500,000. Sekiranya bil hospital client RM70,000, client terpaksa membayar RM 20,000 menggunakan duit sendiri, manakala syarikat insuran/takaful hanya membayar RM50,000 sahaja. Client juga perlu peka dengan co-insuran/co-takaful yang terpaksa ditanggung oleh client, dimana ada syarikat memerlukan client membayar 10% dari jumlah bil yang sebenar.

3.  Gagal mengistiharkan penyakit yang sedia ada.

      Kegagalan client mengistiharkan tentang penyakit yang sedia ada akan menyebabkan claim mereka ditolak oleh syarikat insuran. Sebagai contoh client pernah menjalani pembedahan akibat penyakit resdung, tetapi semasa membeli polisi insuran beliau tidak mengistiharkan penyakit tersebut, akibatnya jika dia melakukan pembedahan akibat penyakit yang sama, pihak insuran/ takaful tidak akan membayar bil tersebut.

4. Perlindungan belum bermula.

     Setiap insuran/takaful mempunyai tempoh menunggu (waiting Period) , dimana sekiranya dalam tempoh menunggu ini client disahkan mengidap penyakit kritikal, client tidak akan dilindungi. Waiting period ini selalunya adalah 120 hari.  Diantara penyakit yang dilindungi selepas tempoh 120 hari ini ialah hypertension, tumours, cancer dan juga cyst.

5. Gagal membayar premium pada masa yang ditetapkan.

     Kegagalan client membayar insuran/takaful pada masa yang ditetapkan mengakibatkan polisi mereka luput (lapse). Namum begitu sekiranya polisi mereka adalah polisi yamg berkaitan dengan pelaburan, dan mempunyai nilai (value) mereka masih lagi dilindungi walaupun client gagal membayar pada masanya dan ini tertakluk kepada polisi  masing-masing.

Diharap dengan tips tersebut, client dapat memahami mengapa ada ketikanya claim mereka tidak dibayar oleh pihak insuran/takaful. Sebagai pemegang polisi mereka sepatutnya membaca dan memahami polisi yang mereka beli. Dan agen insuran/takaful bertanggungjawab menerangkan kepada client tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi.


3 Responses to “Kenapa Claim Hospital & Pembedahan Anda Tidak Di Bayar”

  1. Info yang sangat bagus. Masih ramai yang keliru mengenai :

    1)Claim tersebut tidak dilindungi.

    Mohon copy with credit di laman saya.

  2. Silakan en. Nazri.

  1. 1 Trackback(s)

  2. Claim Rejected

Post a Comment